Maulizan Bujang

YB Datuk Maulizan Bujang merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga bekas Exco Pelajaran Negeri Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Tiram, Johor daripada parti UMNO, sebuah parti komponen Barisan Nasional.Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru. Beliau berasal daripada sebuah keluarga yang susah yang mana bapanya pada ketika itu hanyalah bekerja sebagai seorang pembantu pemandu lori sebelum kemudiannya menjadi seorang pemandu teksi. Dilahirkan pada 27 September 1963, beliau merupakan anak pertama daripada 8 orang adik-beradik. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru dan kemudian ke Sekolah Menengah Dato' Jaafar, Johor Bahru. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah bank pada tahun 1981. Beliau melanjutkan pelajaran di ITM Kampus Segamat pada tahun 1984 secara separuh masa. Walau bagaimanapun oleh sebab kekangan masa, beliau tidak meneruskan pelajaran beliau di situ tetapi menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di Johor Bahru apabila berhijrah kembali ke Johor Bahru pada tahun 1989. Akhirnya, beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan daripada Universiti Ottawa, Amerika Syarikat (Program Berkembar dengan Kolej Informatics).Sebelum dipilih menjadi Exco Kerajaan Negeri Johor, beliau berkecimpung dalam sektor korporat dan pernah menjadi Pengerusi Fella Holding Berhad, sebuah syarikat yang terlibat dengan industri perabot yang terkenal di Malaysia dengan jenama Fella Design. Di samping itu juga, beliau pernah menjadi pengarah DK Leather Berhad dan beberapa buah syarikat persendirian yang lain di Malaysia.
Dalam Pilihanraya 2018, beliau telah dikalahkan oleh calon dari parti PKR manakala adiknya Mazlan Bujang (2016 masuk PH-BERSATU) telah memenangi ADUN Puteri Wangsa dan menjadi EXCO bagi kerajaan Johor.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.BELIAU ADALAH SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KETUA UMNO BAHAGIAN TEBRAU